Friday, 12 April 2013

ALUMNI KEPADA PELAJAR YANG BARU MENAMATKAN PENGAJIAN

Kepada pelajar yang baru menamatkan pengajian sila layari  http://alumniunifield.blogspot.com dan isikan borang pendaftaran alumni yang telah disediakan.

Wednesday, 10 April 2013

HARI TERBUKA IBUBAPA DAN PENJAGA BERSAMA PENGAJAR KEMAHIRAN


Pada 1 dan 2 April 2013  telah diadakan Hari Terbuka Ibubapa dan Penjaga bersama Pengajar Kemahiran di Kelas Tun Perak dan Tun Fatimah tower 1. Semua pelajar termasuk ibubpa telah hadir untuk berjumpa dengan pengajar masing-masing mengikut intake untuk berbincang mengenai prestasi serta sahsiah anak-anak mereka.

Di bawah ini adalah gambar-gambar semasa hari terbuka berlangsung.









Diharap Hari Terbuka  ini memberikan keazaman kepada pelajar-pelajar untuk berubah dari segi sahsiah serta akademik.


MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN DKM

Pada 17 Mac 2013 telah berlangsung majlis Makan Malam Tahunan DKM anjuran pelatih Diploma Kemahiran Sistem Komputer tahap 4 intake Februari 2010. Majlis ini telah diadakan di Cubhouse A'Famosa bermula pukul 8.30 malam hingga 11.00 malam. Semua tenaga pengajar dan pelajar-pelajar kemahiran telah sertai pada malam tersebut.

Majlis ini diadakan untuk meraikan pelatih Diploma Kemahiran Sistem Komputer tahap 4 yang akan habis pengajiannya tidak lama lagi dan untuk merapatkan ukhwah antara pengajar dan pelatih.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar semasa majlis ini berlangsung. Pada malam itu jugak diadakan acara cabutan bertuah dan sesi meminta maaf kepada semua pengajar.

Di harap kepada semua pelatih Diploma Kemahiran Sistem Komputer tahap 4 intake Februari akan berjaya dan tabah menghadapi dunia pekerjaan selepas ini dan berjaya untuk peperiksaan akhir pada bulan 4 ini.

















Tahniah kepada semua pelatih Diploma Kemahiran Malaysia tahap 4 yang baru habis peperiksaan akhir pada 6 & 7 april 2013. Semoga anda semua mendapat kejayaan di luar.

Tuesday, 26 February 2013

SESI KAUNSELING PELAJAR BERMASALAH BERSAMA BAHAGIAN HEP

Diminta semua pelajar yang namanya ada pada senarai yang telah ditunjukkan oleh PP masing-masing dikehendaki wajib hadir pada hari Khamis 28 Februari 2013 pukul 2.00 petang di Dewan Parameswara. Jika didapati sesiapa yang tidak hadir pelajar itu akan diambil tindakan. Jika ada pelatih yang tidak mengetahui sama ada namanya ada atau tidak sila datang ke Pusat Pembangunan kemahiran di Mayang Sari untuk berjumpa dengan PP masing-masing.

SUKANEKA TAHUNAN DKM 2013


Pada 20 Februari 2013 telah diadakan Sukaneka Tahunan DKM 2013 anjuran TSM Tahap 4 intake April 2011 di Tower 4 Kolej Teknologi Unifield. Seramai 200 orang pelatih kemahiran termasuk tenaga pengajar telah menyertainya.

Sebanyak 8 jenis permainan yang telah dilakukan. Di bawah ini disertakan gambar-gambar semasa sukaneka berlangsung.







Selepas itu penyampaian hadiah telah dilakukan pada waktu tengahari selepas semua permainan habis dan disampaikan oleh Pengurus Pusat Bertauliah iaitu Puan Rohana Rahmat. Seramai 5 intake yang telah memenangi sukaneka pada hari itu.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada penganjur dan semua pelatih serta tenaga pengajar yang telah menyertainya.



Friday, 22 February 2013

SAMBUTAN MALAM KEBUDAYAAN KEMAHIRAN


Pada 19 Februari telah berlangsung Majlis Malam Kebudayaan Kemahiran anjuran Juruteknik Sistem Komputer tahap 3 intake Sept 2011 di Dewan Parameswara. Majlis ini berlangsung pada pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Pada malam itu semua staff kemahiran dan semua pelajar kemahiran telah datang untuk menyertainya. Seramai 7 kumpulan dari pelatih kemahiran di A Famosa dan Alor Gajah menyertai malam tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan nyanyian antara berkumpulan dan berlakon. Di bawah ini disertakan gambar semasa malam tersebut.
















Pemenang mendapat hamper beserta dengan sijil penyertaan. Di bawah ini disertakan gambar pemenang.










Tahniah kepada semua pelatih kemahiran kerana telah menyertai malam kebudayaan dan diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelatih dan staff kemahiran kerana menjayakan malam kebudayaan.







Sunday, 20 January 2013

PEPERIKSAAN AKHIR DAN PPL TAHAP 3 JSK SEPTEMBER 2011 (IT-020-3) DAN TAHAP 3 TSM SEPTEMBER 2011 (IT-080-3)


Peperiksaan akhir dan ppl tahap 3 JSK September 2011 (IT-020-3) dan tahap 3 TSM September 2011 (IT-080-3) telah diadakan pada:

Tarikh: 20 , 21 dan 22 Mac 2013
Masa: 9.00 pagi hingga 6.30 petang
Tempat: Bilik Kuliah Tower 1 dan Makmal Komputer Tower 1
Pelatih: 14 orang pelatih IT-020-3 (sept11) , 20 orang pelatih IT-080-2 (sept11)

1) Pelatih-pelatih sedang melakukan ujian teori peperiksaan akhir di Bilik Kuliah Tower 3











2) Pelatih-pelatih sedang melakukan ujian amali peperiksaan akhir di Makmal Komputer di tower 1 





Tahniah kepada pelatih-pelatih JSK dan TSM kerana  telah berjaya menamatkan peperiksaan akhir dan naik tahap untuk tahap 4.